Thursday, February 24, 2011

Hubungan Dengan Alam.



Dan Maksudnya: (Mengapa kamu masih ragu-ragu tentang kekuasaan Kami). Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu terhampar dan terbentang luas. Dan gunung ganang sebagai pasaknya. Dan Kami telah mencipta kamu berpasang-pasang. Kami jadikan tidur kamu untuk berehat, dan Kami jadikan malam itu sebagai pakaian (untuk melindungi kamu). Dan Kami telah jadikan siang itu (dengan cahaya yang terang) untuk kamu mencari rezeki. Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala langit yang kukuh, dan Kami mengadakan matahari sebagai lampu yang terang benderang cahayanya. Dan Kami juga yang telah menurunkan dari awan air (hujan) yang mencurah-curah,untuk Kami mengeluarkan dengannya bijian-bijian dan tumbuh-tumbuhan,serta kebun-kebun dan taman-taman yang subur bertaut-taut pohonnya.
~Surah an-Naba 6-16~


*Dari ayat ini jelas menerangkan bahawa setiap ciptaan Allah di dalam alam ini
mempunyai fungsinya yang tersendiri. Manusia haruslah menjaga kesejahteraan alam
dengan tidak melakukan apa-apa perkara yang boleh merosakkan fungsi setiap benda
yang ada di dalam alam ini. Islam mengajarkan supaya manusia menjaga sistem ekologi
yang telah diletakkan oleh Allah di dalam alam ini, kerana sistem itu mempunyai faedah
yang sangat besar bagi hidupan alam, sama ada di darat, di laut atau sungai dan juga
udara, lebih-lebih lagi manusia.
*

No comments:

Post a Comment